Cara Semak Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin tegar dalam data e-kasih layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas mulai 17 Julai 2023.

Baca Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bagi penerima Semenanjung, mereka akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023). Ia akan diberi secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Bagi penerima Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bayaran RM600 sekali gus melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Cara Semak Status SARA

Status kelayakan SARA boleh disemak melalui cara berikut,

semak Sumbangan Asas Rahmah (SARA)


Sumber: Kementerian Kewangan



Previous Post Next Post