Makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah, Master, PhD dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa anda kepada portal rasmi majikan seperti yang diiklankan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mempelawa warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara TETAP dan KONTRAK di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) jawatan seperti berikut :-
- AKAUNTAN GRED WA41
- PENOLONG JURUTERA GRED JA29
- PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29 (KONTRAK)
- PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E19 (KONTRAK)
- PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 (KONTRAK)
- PEMBANTU AWAM GRED H11 (KONTRAK)
Cara Membuat Permohonan
Permohonan jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) perlulah dilakukan secara atas talian di alamat: https://ejawatan.keda.gov.my/ atau klik link di bawah
Tarikh Akhir Permohonan
Tarikh akhir permohonan bagi jawatan kosong seperti di atas ialah 14 Ogos 2023
Sumber: KEDA