Kementerian Pengajian Tinggi melalui laman rasmi facebook telah mengumumkan bahawa tawaran biasiswa Kerajaan Arab Saudi kini telah dibuka.
Tawaran biasiswa oleh Kerajaan Arab Saudi ini terbuka kepada warganegara yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di universiti-universiti terkemuka Arab Saudi.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Ogos 2023. Maklumat lanjut berhubung biasiswa ini boleh dirujuk di pautan https://tinyurl.com/3vxbwp64.
Sumber/Infografik: Kementerian Pengajian Tinggi