Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan atau singkatannya UFPK merupakan satu ujian terhadap keadaan fizikal dan pancaindera anda serta mengetahui tahap seseorang calon yang memohon jawatan kosong yang ditawarkan oleh SPA
Seperti yang dinyatakan di atas, hanya jawatan tertentu yang dipohon melalui SPA sahaja wajib menjalani Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) ini.
Mengikut laman web SPA, berikut merupakan senarai jawatan yang wajib menjalani ujian UFPK ini:
- Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
- Pegawai Siasatan Gred P41
- Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
- Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
- Pegawai Kesatria Gred S41
- Penolong Pegawai Kesatria Gred S29
- Pembantu Kesatria Gred S17
- Pegawai Keselamatan Gred KP41
- Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
- Pembantu Keselamatan Gred KP17
- Penguasa Penjara Gred KA41
- Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
- Pegawai Penjara Gred KA19
- Penguasa Bomba Gred KB41
- Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
- Pegawai Bomba Gred KB19
- Penguasa Imigresen / Penolong Penguasa Imigresen(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Pegawai Imigresen Gred KP19
- Leftenan Muda Maritim Gred T13
- Bintara Muda Maritim Gred T5
- Laskar Kelas II Maritim Gred T1
- Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
- Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
- Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Sumber: https://spa.gov.my/spa/panduan/peperiksaan/pemeriksaan-fizikal-dan-pancaindera
Jenis-jenis Pemeriksaan Yang Akan Dijalani
Berikut merupakan beberapa perkara yang akan diuji terhadap setiap calon yang menjalani Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK):
- Ujian ukur tinggi
- Ujian ukur berat
- Ujian indeks jisim tubuh (BMI)
- Ujian ukur dada (bagi calon lelaki sahaja)
- Ujian pendengaran
- Ujian penglihatan
- Ujian pengecaman warna
- Pemeriksaan tubuh badan
- Gaya berjalan & berkawad
- Ujian kecergasan (Bangun Tubi, Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter, Larian 2.4 km)
Syarat-syarat untuk melepesi setiap ujian yang disenaraikan di atas akan dinyatakan dalam surat yang diberikan kepada setiap calon.