Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat pertama kalinya membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan awam bermula dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 telah dibuka kepada orang awam.
Permohonan ini dibuka kepada orang awam adalah satu usaha KPM untuk memelihara kebajikan guru bagi mengatasi beban tugas guru seperti yang telah diumumkan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Kategori Sukarelawan Pengawas SPM
Lima kategori pemohon ditetapkan KPM iaitu
- Kategori 1 yang terdiri daripada pesara kerajaan di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
- Kategori 2 (pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi atau matrikulasi)
- Kategori 3 ialah guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri, sekolah swasta, Maktab Rendah Sains Mara
- Kategori 4 (anggota kumpulan pelaksana atau pekerja kontrak kerajaan)
- Kategori 5 (kakitangan bukan kerajaan atau pesara kerajaan dan swasta).
Kriteria Sukarelawan Pengawas SPM
- Prinsip : Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan;
- Elaun : Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam;
- Tugas: Bertugas sebagai pengawas peperiksaan sahaja
Syarat Permohonan Sukarelawan Pengawas SPM
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
- Pemohon adalah pesara/pelajar kolej alau universiti yang sedang dalam tempoh cull semester sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti.
- Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah.
- Mempunyai pengangkutan sendiri.
Orang ramai yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dijemput untuk memohon sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan SPM tahun 2023.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.
Pemohon yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk sesi temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
Tarikh Permohonan
Permohonan Sukarelawan Pengawas SPM dibuka mulai 12 September 2023 hingga 23 Oktober 2023
Sumber: KPM